PERKARA YANG PERLU
DIPERTIMBANGKAN UNTUK MEMILIH UNIVERSITI…
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera. Hari ni saya nak berkongsi tentang perkara yang yang
saya rasa perlu kita pertimbangkan dalam memilih universiti untuk sambung
belajar tidak kiralah sama ada untuk diploma, ijazah sarjana muda atau
lain-lain. Pada pandangan saya banyak perkara penting yang seharusnya kita
fikirkan terlebih dahulu sebelum kita memilih universiti terutama semasa
mengisi UPU.
Saya
yakin kebanyakan pelajar telah menetapkan pilihan untuk belajar di universiti
yang mereka idamkan. Ada juga pelajar yang masa mengisi UPU baru nak tetapkan
universiti mana dia masuk. Jadi macam mana nak pastikan pilihan kita tu adalah
yang terbaik???
1.Kos perbelanjaan.
Yang pertama kita kena
pertimbangkan adalah mengenai kos perbelanjaan. Sebelum kita memilih universiti
mana yang kita nak, kita perlulah mengenal pasti terlebih dahulu anggaran
perbelanjaan yang akan kita perlukan semasa belajar nanti. Kita kena fikir ye,
segala perbelanjaan akan diuruskan oleh kita sendiri. Walaupun sumber kewangan
tu bukan dari kita sendiri sama ada dari ibu bapa, pinjaman atau biasiswa.
Tahukah anda
sebelum kita mendaftar di sesebuah universiti itu, kita akan diminta untuk
membayar yuran pendaftaran dan ia semestinya ditanggung sendiri kerana masa tu tiada
lagi sumber pembiayaan lain. Kalau ada, tiada masalah. Nilai yuran pendaftaran
ini juga berbeza mengikut universiti. Itu baru mengenai yuran pendaftaran.
Belum lagi campur yuran pendidikan, kos sara hidup, buku, dan
perbelanjaan-perbelanjaan lain.
2.Jarak.
Jarak merupakan salah satu faktor
yang paling penting untuk dipertimbangkan semasa memilih universiti. Jarak
Antara tempat tinggal dengan universiti adalah digalakkan sekiranya ia saling
berdekatan. Contohnya bagi penduduk di Selangor dekat dengan UPM, UKM dan UM.
Amatlah tidak digalakkan untuk memohon university yang jauh seperti UUM, apatah
lagi UNIMAS dan UMS. Nanti masa cuti, orang lain balik rumah, kita sendiri
dalam bilik.
Iya, memang
ada di antara kita yang cakap kalau boleh nak masuk universiti yang jauh dari
rumah, baru berdikari. Percayalah cakap saya, kalau awak dah masuk universiti
nanti awak mesti akan rindu rumah. Memang awak akan perlukannya nanti. Sebab
apa kita kena pertimbangkan jarak ni tadi. Jika kita memilih universiti yang
terlalu jauh akan ada implikasinya. Satunya, sudah tentu kos pergi balik yang
tinggi. Bayangkan dengan harga minyak, tol, makan, penginapan sementara dan
sebagainya yang perlu kita tanggung?
Nak pula yang
perlu menggunakan pengangkutan udara. Ada pelajar yang cuti seminggu tidak
dapat pun balik ke rumah kerana harga tiket kapal terbang yang sangat mahal
untuk sekali pergi. Kita yang baru nak membiasakan diri di universiti ini
sangat memerlukan sokongan dari keluarga. Tidak boleh dipaksa-paksa. Homesick
ni boleh membawa kepada kemurungan yang sangat teruk. Jadi pilihlah universiti
yang paling dekat dengan anda.
3.Kursus.
Setiap universiti akan menawarkan
kursus-kursus yang berbeza. Ada kursus yang ditawarkan di universiti ini tetapi
tidak ditawarkan di universiti lain dan begitu jugalah sebaliknya. Semestinya
minat yang kita perlu utamakan kerana kita yang akan belajar mengenai kursus
tersebut.
Kemudian, selain minat pastikan kita yakin
kursus tersebut mampu meningkatkan peluang pekerjaan untuk kita kelak.
Banyakkan buat carian untuk dapatkan maklumat mengenai jenis-jenis kursus dan
peluang pekerjaannya. Elakkan memilih kursus atas alasan ikut kawan
semata-mata, kelak awak akan merana. Tetapkan niat masuk universiti untuk
menuntut ilmu dan semestinya kerana tuhan. Niat yang betul akan bantu kita
membuat pilihan yang terbaik.
Kalau rasa
“yang penting dapat masuk universiti, tidak kisahlah dapat kursus apa pun
asalkan dapat”. Jangan fikir begini ya. Awak yang akan hadap segala macam
cabaran dan kesusahan untuk 3 ke 4 tahun. Nanti awak mungkin akan putus asa,
hilang minat dan akhirnya berhenti belajar. Bukankah itu membazir dan sia-sia.
Baik awak kerja je terus sungguh-sungguh. Rezeki dating pelbagai cara. Tahap
pendidikan bukanlah satu-satunya jalan rezeki. Fikirkanlah pilihan yang betul.
4.Fasiliti dan kemudahan universiti.
Pastikan universiti yang akan
kita pilih nanti mempunyai kemudahan yang banyak dan dalam keadaan yang baik.
Tahap kemudahan di universiti yang bagus dapat membantu kita untuk lebih fous
untuk belajar. Tidak banyak masalah yang perlu difikirkan. Kita juga dapat
mengurangkan perbelanjaan. Contohnya bas percuma, wifi, tempat makan yang
banyak dan harga berpatutan, persekitaran yang bersih, kelas yang lengkap dan
sebagainya. Belum lagi diambil kira tentang kemudahan di kolej nanti. Keadaan
bilik tidur, bilik air dan banyak lagi. Perkara ini penting untuk kita fikirkan
kerana kita yang akan menggunakannya selama kita di universiti.
Kesimpulannya,
pilihlah universiti yang sesuai dengan keperluan kita. Jangan sia-siakan masa
dan peluang dengan memilih universiti yang salah. Pilih universiti yang sesuai
supaya anda dapat capai impian anda nanti. Saya sudah pun lihat ada yang
terhenti separuh jalan oleh kerana pilihan universiti kurang sesuai. Ada banyak
IPTA di Malaysia tidak kurang juga dengan IPTS. Pilihan ada di tangan anda.
Setakat ini sajalah perkongsian saya kali ini.
Terima
kasih.
Terima kasih! Bagus perkongsian ni. Saya baru ditawarkan kursus master di UKM bulan Oktober ni. Nervous sebab tiada pengalaman belajar di IPT Malaysia. Boleh saya tahu, adakah yuran kemasukan dan yuran semester tu sama? Jumlah yg tertera di tawaran saya dalam 8k++. Saya ada rujuk bhgn kewangan tapi mereka pun macam tak pasti. Terima kasih jika boleh beri pencerahan.
ReplyDelete