CARA MEMOHON PTPTN…

CARA MEMOHON PTPTN…

                Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini saya nak kongsikan macam mana saya mohon pinjaman PTPTN untuk pembiayaan perbelanjaan bagi ijazah sarjana muda di UKM. Saya membuat permohonan PTPTN tak silap pada bulan 8. Pastikan anda peka dengan tarikh permohonan PTPTN boleh dibuat.

1. Beli nombor pin PTPTN.
Pada mulanya saya diminta untuk membeli nombor pin PTPTN di BSN. Masuk je bank, biasa ada borang kecil warna biru, isi dan ambil nombor untuk beli nombor pin PTPTN. Tak silap saya harga dia RM 5 dan sah untuk 6 bulan.

2. Buka akaun bank Islam dan akaun SSPNI.
Sebelum saya membuat permohonan di laman web PTPTN, saya buka akaun bank Islam terlebih dahulu (bank adalah berbeza mengikut universiti). Saya pergi ke Bank Islam di Nilai, Negeri Sembilan. Saya masuk dan berjumpa dengan salah seorang pekerjanya dan meminta untuk membuat akaun bank untuk PTPTN. Bawa kad pengenalan diri untuk pendaftaran. Selepas selesai, saya perlu masukkan duit sebanyak RM100 ke dalam akaun bank untuk mengaktifkannya.
Untuk buat akaun SSPNI, biasanya boleh dibuat terus di Islam dan beberapa bank lain. Tapi disebabkan ada cawangan yang berdekatan iaitu dia Giant Nilai, saya diminta untuk membuka akaun SSPNI di situ. Saya masuk dan ambil nombor giliran. Apabila nombor saya dipanggil, saya diminta untuk mengisi borang. Selepas selesai semua, saya tunggu untuk proses pembayaran. Di kaunter, saya diminta untuk membayar sebanyak RM20 dengan menggunakan kad debit, jadi saya gunakan kad bank Islam tadi. Kemudian, saya diberikan satu kertras yang tertulis nombor pin SSPNI. Nombor ini digunakan untuk mengisi borang PTPTN nanti.

3. Buat permohonan.
Saya buat permohonan secara online di laman web rasmi PTPTN. Pastikan rangkaian internet mencukupi dan gunakan komputer. Saya mengisi password dan nombor pin PTPTN. Saya isi maklumat peribadi iaitu maklumat diri, ibu bapa dan latar belakang pendidikan. Antara maklumat penting seperti nombor pin bank dan SSPNI, dan nombor KWSP ibu bapa. Pastikan semak semula maklumat sebelum menghantar. Kerana jika salah isi maklumat, kita tidak lagi dibenarkan mengubah maklumat yang dah diisi dalam borang yang dihantar. Selesai isi borang, buat salinan sebagai bukti. Pastikan dah submit.
Saya pernah tersalah isi iaitu saya salah isi nombor matrik universiti dan tahun peperiksaan. Saya beli nombor pin ptptn baru dan cuba mengisi semula untuk buat permohonan baru. Rupanya, saya tidak boleh buat permohonan baru selagi permohonan yang sebelum masih belum diluluskan atau gagal. Maknanya, saya perlu tunggu tarikh tutup PTPTN untu kelompok pertama. Saya tunggu je sampailah saya dapat email diluluskan atau tidak. Ikut je.
4. Beli setem hasil.
Saya beli setem hasil awal sebelum saya daftar masuk universiti. Nanti senang kalau dah lulus nanti, saya Cuma print borang dokumen dan tampal setem hasil tersebut. Saya pergi ke pejabat pos yang terdekat. Saya cakap nak beli setem hasil untuk PTPTN. Beli 2 keping dengan harga RM10 sekeping.

5. Lengkapkan borang dan dokumen yang diminta.
Tarikh tutup permohonan kelompok pertama adalah pada 31 ogos. Seminggu selepas itu pada 11 september, saya mendapat email bahawa PTPTN saya telah diluluskan dan saya diminta untuk melengkapkan dokumen tawaran yang disekalikan dalam email tersebut. Print borang dokumen PTPTN yang ada dalam email tersebut sebanyak 2 salinan dengan menggunakan kertas A4 80gsm. Dalam borang tu, perkara penting ialah tanda tangan saksi pegawai gred A dan tanda tangan saksi PTPTN (masa hantar borang nanti baru pegawai PTPTN tu tandakan) dan salinan surat tawaran universiti.
Segala keraguan yang berkaitan PTPTN, telefon je nombor PTPTN tu. Orangnya semua baik dan sopan. Lengkapkan segalanya kecuali tarikh serahan biarkan kosong. Tarikh lain boleh isi mengikut tarikh borang diisi. Kalau tak pasti, telefon pihak PTPTN. Dan tampal setem hasil untuk kedua-dua salinan dokumen.

6. Hantar.
                Pada 23&24 september, pegawai PTPTN dating untuk mengutip borang dokumen.bagi pelajar di UKM Bangi, Ia dibuat di Pusanika. Di situ kami semua diminta beratur, susun dokumen mengikut urutan dan tunggu giliran. Sebelum itu, di kawasan hadapan tempat beratur ada orang yang akan memeriksa borang, memberi tanda tangan saksi pegawai gred A dan stapler dokumen. Sampai giliran, masuk ke pejabat tempat borang dikutip, saya lihat ada ramai pegawai PTPTN, lebih dari 10 orang macam tu. Jadi saya masuk pergi ke salah seorang dari mereka.
Bagi borang, jika ada kesalahan tarikh, pegawai tu akan suruh potong satu garis, letak tarikh betul dan tanda tangan kecil. Dia akan periksa nama dalam sistem dan selesai penghantaran. Lepastu tunggu je email dikreditkan duit ke akaun bank. Duit akan dikreditkan seminggu selepas penghantaran dokumen.
Tamat…

Saya rasa ini saja yang saya tahu berdasarkan pengalaman saya. Pesan saya jangan terlalu ikut cakap orang lain yang cakap kena ada macam-macam dokumen dan perlukan pengesahan. Jika ada keraguan, terus call pihak PTPTN, mereka tahu apa yang perlu dibuat. Dah dapat duit nanti gunakan sebaiknya dan jangan lupa untuk banyak semula nanti. Semoga Berjaya…

                Terima kasih.

Comments

  1. Maaf nak tanya saya baru nak apply semester 2 dokumen semua perlu di pos atau perlu hantar melalui pegawai ptptn juga ke? Sebab sekarang musim covid duduk di rumah tak balik u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tny mcm mana daftar ptptn dari sem dua ye? Sbb sem satu saya tolak atas sbb isu family tpi nk mohon balik utk sem 2 saya xreti

      Delete
    2. Hello semua,
      Nama saya Encik, Rugare Sim. Saya tinggal di Belanda dan saya seorang lelaki yang gembira hari ini? dan saya memberitahu diri saya bahawa mana-mana pemberi pinjaman yang menyelamatkan saya dan keluarga saya dari keadaan miskin kami, saya akan merujuk mana-mana orang yang mencari pinjaman kepadanya, dia memberi kebahagiaan kepada saya dan keluarga saya, saya memerlukan pinjaman sebanyak € 300,000.00 untuk memulakan hidup saya sepenuhnya kerana saya seorang Bapa tunggal dengan 2 orang anak Saya bertemu dengan pemberi pinjaman yang jujur ​​dan takut kepada Allah ini yang membantu saya dengan pinjaman sebanyak €300,000.00, dia seorang yang takut kepada Allah, jika anda memerlukan pinjaman dan anda akan membayar balik pinjaman sila hubungi dia beritahu dia bahawa (Encik, Rugare Sim) merujuk anda kepadanya. Hubungi En, Mohamed Careen melalui e-mel: (arabloanfirmserves@gmail.com)


      BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
      Nama pertama......
      Nama tengah.....
      2) Jantina:.........
      3) Amaun Pinjaman Diperlukan:.........
      4) Tempoh Pinjaman:.........
      5) Negara:.........
      6) Alamat Rumah:.........
      7) Nombor Telefon Bimbit:.........
      8) Alamat e-mel..........
      9) Pendapatan Bulanan:.....................
      10) Pekerjaan:..........................
      11) Laman web manakah anda di sini tentang kami.....................
      Terima kasih dan salam mesra.
      E-mel arabloanfirmserves@gmail.com

      Delete
  2. Waktu nak beli nombe pin ptptn tukan kena bawak surat tawaran ka

    ReplyDelete
  3. Waktu nak beli nombe pin ptptn tukan kena bawak surat tawaran ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpeelu bawa surat tawaran cakap je nk bli no pin/ guna mesin atm

      Delete
  4. hi kaka adik nak tanya adik isi borong online then kena buat apa kaka sebab kaka mentioned stem semua, selepas sumit baru dpt borong ke or apa kaka adik kurang faham kaka

    ReplyDelete
  5. Salam nak tanya, yang you salah isi maklumat tu, ptptn you still diterima ke

    ReplyDelete
  6. Salam nak tanya, kalau tersalah isi maklumat tu, you punya ptptn still dia terima ke macam mana ye ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah isi maklumat tu bergantung pada jenis maklumat. Klau mandatory je masalah.

      Delete
  7. Kalau x dapat email macam mna...kene tunggu dia hantar email dulu baru dapat isi borang tu kang

    ReplyDelete
  8. Kalau x dapat email macam mna...kene tunggu dia hantar email dulu baru dapat isi borang tu kang

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Maaf, saya dah habis diploma. Sekarang nak sambung ijazah. Macam mana nak buat permohonan baru? Adakah saya perlu isi borang penangguhan bayaran? Dan boleh digabung?

    ReplyDelete
  11. Kalau semuanya buat secara online camana ye... boleh ka buka SSPN-i Plus saja. SSPN-i tak buka lagi. Pastu kenapa tarikh mula pengajian dlm surat tawaran dgn borang online punya tak sama ye... kod program pun tak sama. Pening lagi memeningkan.

    ReplyDelete
  12. Hi nak tanya .you ada mention you tersalah isi maklumat no matrik .tapi permohonan you still diluluskan ye sebab you cakap lepas seminggu tarikh tutup permohonan kelompok 1 ,pernohonan you lulus .sebab i pun ada tersalah isi no. Ic penjaga

    ReplyDelete
  13. Hai nak tanya,boleh tak kalau nak buka akaun sspn-i tu tak ikut bank yg ditetapkan oleh pihak universiti? Terima kasih

    ReplyDelete
  14. salam, akak boleh ke saya beli je dulu nmber pin dekat bank siap siap?Saya ada tawaran matrik dan form6 ,so boleh tak saya beli je dulu sementara nak tunggu result upu ?

    ReplyDelete

Post a Comment