BAGUS KE KKM???


BAGUS KE KKM???

                Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ini saya akan kongsikan pandangan dan pendapat mengenai KKM atau nama sebenarnya Kolej Keris Mas, UKM. Di perkongsian ini, saya akan ketengahkan kemudahan dan kelebihan yang saya dapat di KKM ini.

                Kolej Keris Mas merupakan kolej kedua terbesar selepas KPZ di UKM Bangi. Berdasarkan pengalaman minggu orentasi saya, boleh dikatakan majoriti pelajar baru adalah dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Bagi saya, banyak kelebihan apabila duduk di KKM.

                Untuk pengetahuan semua, yuran KKM yang perlu saya bayar adalah sebanyak RM 508 untuk 1 semester. Harganya sangat berpatutan untuk segala kemudahan yang tersedia di sini.

                Saya akan mulakan di cafeteria KKM. Memang KKM bukanlah syurga makanan seperti di KPZ. Namun, saya masih boleh berpuas hati dengan apa yang ditawarkan di cafeteria KKM. Masih banyak kedai yang menyediakan pelbagai pilihan menu dan harga yang berpatutan. Ada masakan panas, nasi berlauk dan banyak lagi. Di sini juga ada kedai runcit Kmart. Kawasan cafeteria yang luas  dan boleh dikatakan tidak serabut sesuai untuk mereka yang nak belajar secara berkumpulan. Saya dapat lihat, ramai orang dari kolej berdekatan yang lain dating untuk membeli makanan di KKM. Untuk makanan berat, harga yang saya boleh katakan adalah di antara RM2 hingga RM9 sepinggan. Jadi KKM boleh dikatakan kolej yang sesuai jika anda ingin berjimat. Kawasannya juga lebih bersih dan tersusun.

                Selain itu, KKM ada padang yang besar untuk aktiviti sukan. Di depan blok 7, ada court bola tampar, bola keranjang, futsal dan bola baling. Di belakang blok 2 juga, ada padang yang digunakan untuk aktiviti permainan Petanque. KKM juga ada dewan untuk permainan Badminton dan taqraw. Jadi ramai juga orang dari kolej lain yang datang untuk menggunakan kemudahan-kemudahan sukan di KKM.

                Kebersihan kolej pula boleh dikatakan bagus kecuali apabila ada serangan monyet dan beruk. Terdapat sebuah rumah sampah yang bertutup di hadapan setiap blok. Jadi, tiada bau busuk atau pandangan yang kurang menyenangkan di KKM. Blok-blok di KKM juga tersusun dimana lelaki  di sebelah kanan cafeteria KKM dan perempuan di kiri cafeteria KKM. Kedudukannya tidaklah serabut dan kurang risiko untuk sesat.

                Setiap blok ada bilik pejabat felo, bilik tv, pantry, bilik membasuh dan bilik air. Biasanya kalau ada pembayaran denda, kami akan bayar di pejabat felo. Bilik tv juga terbuka untuk semua penghuni. Seandainya saya mahu air panas atau air minum, dating saja di pantry. Ada masanya orang akan menyediakan makanan percuma di pantry. Bilik basuh ada mesin basuh baju yang sekali basuh harganya RM2. Setiap aras ada dua bilik air. Bagusnya bilik air di sini, ianya bersih dan airnya kuat. Sangat selesa.

                Biliknya pula sangat luas, bersih dan cantik. Ada dua jenis bilik iaitu bilik yang dihuni seorang dan 2 orang. Untuk bilik 2 orang, ada 2 katil, 2 almari dan 2 meja belajar. Ruang solat pula boleh memuatkan 2-3 orang sekaligus. Perabotnya juga boleh dikatakan baru. Rangkaian wifi pula, agak rendah untuk tingkat 1-2. Namun, masih boleh digunakan. Tempat jemuran pula yang sangat banyak dan strategik. Cuma digalakkan untuk menjemur di waktu anda tiada kelas supaya anda ada bila hujan. Ampaian ada di dalam blok dan juga di luar blok. Jadi bagi yang basuh tangan atau guna mesin basuh boleh jemur di tempat yang disediakan.

                KKM juga mempunyai kelebihan lain. Adanya surau yang besar dan bersih di belakang pondok bas membolehkan aktiviti-aktiviti ibadah dilakukan. KKM juga ada dobi yang harganya jauh lebih murah dari tempat lain. Harga untuk sekali basuh dan kering ialah RM5. Sangat berbaloi. Cuma perlu pilih waktu yang sesuai supaya tidak terlalu sesak. Tempat letak kenderaannya pula ada banyak dan luas. Masih belum ada lagi masalah parking yang tidak cukup untuk penghuni KKM.

                Jadi, inilah sedikit sebanyak perkara mengenai KKM. Pada saya, KKM sangat sesuai untuk dijadikan pilihan untuk diduduki bagi semester-semester yang seterusnya. Cukup di sini sahaja perkongsian saya hari ini.

                Terima kasih.

Comments

Post a Comment