KKM ATAU KPZ???
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ini saya akan berkongsi tentang pengalaman saya pergi ke KPZ sambil memberikan sedikit pandangan mengenai perbandingan antara KPZ dengan KKM. Sebelum itu, saya ingin mengingatkan bahawa ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan saya semata-mata dan tiada niat untuk merendahkan mana-mana pihak.
Umum mengetahui bahawa KPZ atau nama sebenarnya Kolej Pendeta Zaba ini merupakan kolej yang terbesar di UKM Bangi. Sebelum saya datang ke KPZ, apa yang saya dengar ialah KPZ ini merupakan syurga makanan.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ini saya akan berkongsi tentang pengalaman saya pergi ke KPZ sambil memberikan sedikit pandangan mengenai perbandingan antara KPZ dengan KKM. Sebelum itu, saya ingin mengingatkan bahawa ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan saya semata-mata dan tiada niat untuk merendahkan mana-mana pihak.
Umum mengetahui bahawa KPZ atau nama sebenarnya Kolej Pendeta Zaba ini merupakan kolej yang terbesar di UKM Bangi. Sebelum saya datang ke KPZ, apa yang saya dengar ialah KPZ ini merupakan syurga makanan.
KPZ memang merupakan sebuah kolej yang kaya dengan makanan
yang sedap dan murah. Namun, disebabkan jaraknya yang agak jauh membuatkan saya
tidak selalu datang ke KPZ. Tapi, ada satu hari saya baru selesai kelas pagi.
Saya ada banyak masa terluang. Jadi saya dan kawan pun bercadang untuk pergi
makan di KPZ.
Kami
bergerak dari FEP dengan menggunakan bas zon 2. Disebabkan kami sentiasa
menaiki bas Zon 3, maka perasaan atau suasana yang kami rasai masa menaiki bas
Zon 2 tu sangatlah berbeza. Masa kami tiba di pondok bas KPZ, kami dapat
melihat kawasan KPZ yang sangat luas. Ada banyak blok pelajar, rumah tetamu dan
cafeteria.
Selepas
kami turun bas, kami perlu menuruni tangga yang tinggi untuk pergi ke
cafeteria. Apa yang saya dapat lihat, di cafeteria KPZ ada banyak kedai makan.
Persekitarannya macam di RnR. Jika nak dibandingkan bilangan kedainya dan
makanannya tidak terbanding dengan KKM. Dari makanan tempatan hingga ke makanan
western. Dari segi harga pula, boleh dikatakan lebih banyak yang murah.
Pada mulanya
saya mahu makan butter chicken di
salah sebuah kedai. Namun, sayangnya kedai tersebut cuti. Jadi saya memilih
untuk makan nasi goreng ayam kunyit di kedai lain. Harganya dalam RM5.50, agak
berbaloi dengan saiz hidangannya. Cafeteria KPZ memang penuh, mungkin sebab
menampung penghuni KPZ yang terlalu ramai.
Saya
mengambil masa lebih kurang 30minit untuk selesai makan supaya saya dapat
menaiki bas Zon 2 yang seterusnya. Selesai saja makan, kami terus naik tangga
ke pondok bas untuk naik bas. Kemudian kami turun di KUO, Kolej Ungku Omar
untuk naik bas Zon 3 terus ke KKM.
Pada
pandangan saya, dari segi saiz kolej, KPZ mendahului KKM kerana memang besar.
Jika kolej di KKM kita boleh lihat dalam sebaris, di KPZ kolejnya di kedudukan
yang mengelilingi cafeteria. Saya sendiri tidak mahir dengan selok-belok KPZ
namun itulah yang saya lihat. Makanannya pula, tersangatlah bervariasi. Kepada
sesiapa yang suka makan memang KPZ sesuai untuk dijadikan kolej pilihan.
Di KKM,
kolejnya memang kurang sedikit jika dibandingkan dengan KPZ, namun, lebih
tersusun. Bagi saya kedudukan Antara kolej di KKM lebih sistematik dan saya
lebih mudah bergerak ke pondok bas kerana jaraknya yang tidak terlalu jauh. Apa
yang saya dengar, bilik di KKM juga lebih luas dan cantik berbanding bilik di
KPZ. Walaupun makanannya tidak sebanyak di KPZ, namun, saya masih rasa berpuas
hati. Saya masih mampu membuat pilihan makanan.
Jika
saya diberi pilihan Antara KKM dengan KPZ ataupun dengan kolej-kolej lain, saya
mungkin akan terus memilih KKM. Jarak Antara KKM dengan fakulti saya juga saya
boleh terima walaupun ia dikatakan jauh. Namun, jika nak dibandingkan dengan
KPZ agak susah jika saya nak naik bas. Sebab bas zon 2 akan mengambil masa yang
lama untuk sampai ke FEP.
Bagi saya, KPZ tidak sesuai untuk menjadi
pilihan pelajar FSSK,FEP dan juga kurang sesuai untuk FST oleh kerana laluan
bas dan juga jaraknya yang agak jauh. Saya juga ada mendengar bahawa kemudahan
di KKM juga lebih bagus. Bilik tidur yang luas, bilik air yang bersih, mesin dobi
yang harganya berpatutan dan bagi saya persekitarannya tidaklah terlalu
serabut.
Jadi,
ini sajalah pandangan saya buat masa ini. Mungkin pandangan saya berbeza dengan
pandangan awak semua. Semuanya terpulang kepada diri masing-masing.
Terima
Kasih.
Comments
Post a Comment