KEHIDUPAN AWAL DI UKM…
Pejam
celik pejam celik, aku sudah pun sampai ke minggu ke-7 di UKM. Semakin lama,
aku semakin sedar bahawa masa semakin pantas berlalu. Ia memang aku mahukan
masa yang pantas bergerak. Namun, aku perlu sedar bahawa semakin kehadapan
masa, makin banyak yang perlu aku tempuh. Semakin banyak ujian dan kesukaran
yang mendatang.
Aku
sudah semakin boleh menerima atau sebenarnya makin terbiasa dengan persekitaran
di sini. Persekitaran di kolej semuanya semakin mudah aku terima. Walaupun ada
masa yang aku sunyi, ada masa aku keliru. Tapi aku mula mampu untuk
mengawalnya. Aku cuba sedaya upaya untuk menenangkan perasaan untuk selama mana
aku di sini.
Kehidupan
ku di kolej membuatkanku semakin berdikari. Mampu untuk berdiri di kaki sendiri.
Mampu untuk tidak terlalu bergantung dengan orang lain. Dan aku semakin mampu
untuk membuat keputusan sendiri. Namun, sebagai manusia, aku masih perlukan
kawan. Aku bersyukur, aku diberikan kawan yang sentiasa menyedarkan aku untuk
terus berada di tempat yang sepatutnya. Kebanyakan masa aku terlalu leka,
banyak masa yang aku terbuang begitu saja. Adanya dia, aku mampu menjadi lebih
berhati-hati.
Untuk
pelajaranku pula, semakin hari semakin sukar. Hari demi hari ia menjadi perkaya
yang merunsingkan. Jika tidak kuat atau lemah semangat. Maka habislah aku. Apa
yang perlu aku buat. Tugasan semakin banyak. Peperiksaan semakin dekat. Seperti
yang telah aku katakan, aku terlalu leka sampai aku ketinggalan dalam
sesetengah mata pelajaran. Aku cuba mengejar, aku cuba meminta bantuan kawan
yang lain. Namun, masih begitu.
Aku
sentiasa berdoa agar terus diberikan semangat untuk belajar. Tiap-tiap hari aku
cuba menyedarkan diri dengan azam aku, niat aku , apa yang ingin aku capai
apabila aku belajar di universiti. Apa yang aku lakukan adalah sentiasa
berfikiran positif. Aku akan cuba untuk terus berusaha. Walaupun aku mungkin
lambat. Tapi aku berdoa akan kejayaanku.
Kini,
aku sedang bercuti pertengahan semester. Seminggu tidak terasa. Hati sentiasa
gusar memikirkan hari yang mendatang. Banyak lagi tugasan yang perlu
diselesaikan. Cutiku bukanlah untuk berehat. Namun, ia adalah persediaan untuk
aku menempuh cabaran yang akan datang. Untuk aku bersiap sedia akan
tugasan-tugasan yang lebih mencabar. Untuk aku memenuhi penilaian-penilaian
yang ditetapkan.
Itulah
yang aku rasakan buat masa ini. Apa yang perlu aku lakukan adalah terus tabah
dan berusaha. Mohon doakan semoga aku mampu lakukannya dan berjaya mencapai
kejayaan yang aku inginkan.
Comments
Post a Comment