CUKUP KE PTPTN NI???
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera. Hari ini saya nak kongsikan pendapat saya mengenai
pinjaman yang diberikan oleh PTPTN. Saya yakin ada di antara kita yang nak tahu
cukup ke kalau Kita guna wang pinjaman PTPTN ini semata untuk tanggung yuran
pendidikan, yuran kolej, belanja tambahan dan sebagainya. Adakah cukup untuk
menampung makan minum di universiti nanti?
Baiklah,
saya akan cuba berikan pendapat berdasarkan pengalaman saya. Jadi sudah
semestinya keperluan saya adalah berdasarkan perbelanjaan saya di UKM dan
kursus saya iaitu BBA. Saya juga sebenarnya baru sahaja dapat pinjaman ini
beberapa minggu yang lepas.
Saya
telah membuat kiraan kasar berdasarkan senarai perbelanjaan saya sendiri di
UKM untuk tempoh sebulan. Pada awal
bulan 10, akaun bank saya telah dikreditkan sejumlah wang dari PTPTN. Kalau tak
silap saya, PTPTN akan kreditkan duit pinjaman untuk setiap semester. Untuk pengetahuan
semua, saya bukanlah peminjam yang mendapat pembiayaan 100%. Jadi untuk setiap
semester saya akan mendapat dalam lingkungan RM2300.
Untuk
semester pertama, perbelanjaan yang dibiayai PTPTN tidak banyak. Jadi saya akan
ada lebihan yang banyak untuk disimpan. Ini kerana saya mula mendaftar masuk ke
UKM pada awal bulan 9. Untuk seminggu pertama, makan minum saya adalah percuma
kerana semua termasuk dalam yuran pendaftaran yang telah saya bayar semasa mendaftar.
Jadi minggu itu, saya tidak belanja banyak untuk makan dan minum. Cuma di
minggu orentasi, saya banyak belanja untuk baju kolej, baju sukan dan yuran
persatuan. Untuk bulan 9, saya menggunakan duit sendiri iaitu dari ibu bapa. Duit
PTPTN masih belum dikreditkan ke akaun kerana Pegawai PTPTN masih belum dating untuk
ambil dokumen permohonan.
Di
kolej saya iaitu KKM, harga makanan agak murah. Jika anda seorang yang mampu
berjimat tidak boros. Maka perbelanjaan anda tidak banyak. harga makanan disini
secara purata hanya dalam RM5 hingga RM7. Paling murah yang boleh dapat untuk
nasi berlauk adalah di antara RM2 hingga RM3. Jumlah perbelanjaan saya untuk
bulan 9 adalah RM 237.50. Ia merangkumi belanja buku-RM81.20, makan-RM110.40,
print-RM12.90, dan lain-lain-RM33. Berdasarkan jumlah perbelanjaan ini, saya
boleh katakana yang saya makan lebih kurang 2-3 kali sehari.
Bulan
10, PTPTN telah mengkreditkan duit ke akaun saya. Untuk semester pertama, PTPTN
akan automatik bayarkan yuran kolej dan yuran pendidikan. Jadi baki yang
terdapat dalam akaun saya adalah lebih kurang RM900. RM900 inilah yang akan
saya gunakan untuk perbelanjaan sepanjang semester satu ini iaitu yang berbaki
lagi 3 bulan lebih. Kalau anda seorang yang kuat berbelanja, duit ini memang
tidak cukup. Anda perlu mengenal pasti mana satu keperluan dan kemahuan.
Untuk
bulan 10 ini, jumlah perbelanjaan saya ialah RM186.7. Untuk perbelanjaan bulan
ini, boleh dikatakan saya agak boros. Ada yang bukan keperluan penting seperti
tudung dan makanan tambahan. Saya boleh katakan untuk bulan ini, dalam seminggu
saya boleh belanjakan dalam RM50. Jadi saya yakin, kalau saya kurangkan membeli
sesuatu yang tidak penting. Saya dapat kurangkan lagi jumlah perbelanjaan.
Untuk
semester satu ini, saya kira duit PTPTN ini saya akan gunakan untuk bulan 10
hingga awal bulan 1 iaitu dalam 3bulan lebih. Andaikan maksimum saya belanjakan
untuk sebulan dalam RM200. Katakan RM900 tadi saya bahagikan kepada 3 bulan. Jadi
sebulan, saya boleh belanjakan sebanyak RM300. Jika saya hanya belanjakan RM200
sebulan, maka saya dapat menyimpan RM100 setiap bulan. Jadi saya ada baki dalam
RM300 untuk semester ini.
Inilah
kiraan berdasarkan perbelanjaan saya. Sebenarnya duit PTPTN cukup untuk
perbelanjaan kita di universiti terutama untuk menampung makan dan minum. Namun,
kita kerlulah sentiasa berjimat supaya kita tidak kehabisan duit. Mungkin perbelanjaan
saya dengan orang lain adalah berbeza. Tapi, saya boleh katakan duit PTPTN
adalah cukup untuk saya. Melainkan aka nada perbelanjaan-perbelanjaan tambahan
yang mungkin akan meningkatkan jumlah perbelanjaan ini nanti. Sampai sini saja
perkongsian saya.
Terima
kasih.
Comments
Post a Comment