PENGALAMAN KS2KM UKM...


PENGALAMAN KS2KM…

Apa pulalah KS2KM ni? Bagi penghuni KKM, awak sepatutnya beruntung. Kolejnya besar, cafeteria besar, cantik, bersih dan banyak lagilah. Monyet banyak, beruk juga banyak. Disebabkan kolej ini kolej yang besar, maka makin banyaklah program-program yang akan jianjurkan oleh kolej.

                KS2KM, Karnival Sukan Kolej Keris Mas. Karnival sukan ini dianjurkan oleh Badan Sekretariat Sukan KKM. Diadakan pada 27.9.2019 hingga 28.9.2019 iaitu Jumaat malam hingga Sabtu petang. Perlajar yang terlibat ialah penghuni KKM terutama pelajar tahun 1 dan pelajar asasi pintar.

               Kami dibahagikan mengikut rumah sukan iaitu rumah kuning, rumah merah, rumah hijau dan rumah biru. Saya menjadi ahli rumah biru. Karnival ini diuruskan oleh pelajar, senior dan felo-felo blok KKM. Permainan yang dipertandingkan ialah badminton, sepak takraw, bola baling, bola tampar, bola jaring, bola keranjang dan futsal.

               Jumaat malam akan dipertandingkan sukan badminton dan sepak takraw. Saya memang bersyukur dapat jadi ahli rumah biru. Kami punya cheers memang best, memang terbaik. Setiap sukan akan berlawan-lawan cheers. Namun, pada malam itu, nasib tidak menyebelahi rumah biru. Tiada satu emas pun yang berjaya kami perolehi. Kami satu-satunya rumah sukan yang tiada emas. Teruk kami diejek oleh rumah sukan lain. Maka, kami pulang dengan hampa. Sebahagian dari kami berhempas pulas menghias khemah rumah sukan.
                Pada esok hari, permainan selebihnya akan dipertandingkan. Bermula pada 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Semua perlawanan sangat sengit. Dengan rumah biru masuk padang tanpa sebarang emas. Namun, sokongan demi sokongan kami berikan. Tidak mengira penat dan panas terik. Memang menyeronokkan. Perlawanan dijalankan hingga ke permainan akhir. Rupanya dalam diam rumah biru sudah pun mengumpul emas. Pada waktu itu, rumah merah dan biru adalah seri mendahului rumah sukan yang lain. Rupanya rumah biru adalah juara padang. Semangat kami semakin berkobar-kobar.

                Pada pukul 2.30 petang, kami diminta untuk berkumpul di kompleks kesatria UKM untuk perlawanan tarik tali dan majlis penutup. Di pusingan penentuan, rumah biru akan berlawan dengan rumah hijau. Masing-masing mengeluarkan 8 orang pemain yang gagah lagi perkasa. Apabila wisel ditiupkan, maka bermulalah acara tarik tali. Betapa kuatnya mereka sehingga saya pun takut. Tersangatlah kuat 8 melawan 8. Ternyata rumah biru bukanlah lawannya rumah hijau kerana strategi dan kerjasama rumah biru teramatlah hebat. Ditambah lagi dengan sokongan dari ahli rumah biru yang lain. Sekelip mata rumah biru memenangi pusingan penentuan. Kedua-dua perempuan dan lelaki semua Berjaya memasuki perlawanan akhir. Perlawanan akhir pula, rumah biru lelaki melawan rumah kuning, manakala perempuan melawan rumah merah. Perlawanan memang sengit. Namun, semangat rumah biru tetap kuat. Kami Berjaya memenangi acara tarik tali. Kami bersorak kegembiraan. Terharu dan gembira. Kami yang pada mulanya dikecam kerana tiada emas, telah berjaya mengallahkan mereka semua.

                Semua rumah sukan lain tertunduk kecewa dan malu. Penat tidak lagi terasa kerana kami terlalu gembira. Kami bersorak cheers sekuat yang kami mampu. Memang seronok. Kami Berjaya merangkul semua piala yang dipertandingkan. Sapu bersih. Kami bangga menjadi sang saka biru. Inilah pengalaman KS2KM saya. Sekian sahaja perkongsian saya kali ini.
Terima Kasih.

Comments