Hari Interaksi INTERFEST UKM...

Hari interaksi INTERFEST UKM...


Di Kolej Keris Mas, ada banyak jenis badan sekretariat. Ada sekretariat sukan, Malam Gala, Akademik dan lain-lain. Kebanyakan motif penglibatan adalah untuk mendapatkan peluang untuk memohon kolej di kemudian hari. Saya telah memilih untuk menyertai badan sekretariat Interfest iaitu International Festival bawah anjuran Kolej Keris Mas. Setelah semua pemilihan ahli dibuat, Badan sekretariat ini telah menetapkan satu tarikh untuk perjumpaan semua ahli. Ia bertujuan untuk menguatkan lagi silaturahin antara ahli Interfest.

         Tarikh yang telah ditetapkan adalah pada waktu malam 10.10.2019. Ia mengambil masa lebih kurang seminggu untuk persiapan. Saya sebagai ajk sijil dan cenderamata kurang terlibat dalam persiapan kerana kebanyakannya diuruskan oleh Ketua pengarah dan Timbalan ketua pengarah bagi post-post tertentu dalam Interfest.

           Sehari sebelum hari interaksi, semua KP dan TKP  diminta berkumpul untuk bergotong-royong membuat persiapan untuk esok hari. Salah satu tugasan mereka adalah membersihkan dan memerap ayam untuk jamuan hari interaksi. Kebetulan kawan saya ialah TKP bagi post saya, maka saya diminta untuk menemaninya ke perjumpaan tersebut. Saya rasa saya adalah satu-satunya ajk biasa disitu. Pada waktu itu, hari hujan. Boleh dikatakan hujan lebat. Namun, ketika saya sampai di tempat perjumpaan, saya dapat lihat mereka semua sudah memulakan tugas masing-masing. Tanpa menghiraukan hari hujan, mereka semua bertungkus-lumus menyediakan bahan. Selepas siap, kami semua pun balik ke bilik masing-masing.

             Pada keesokan harinya, setiap ahli menerima mesej untuk berkumpul di court bola tampar di hadapan blok saya iaitu blok 7 pada pukul 9 malam. Kami diminta untuk berpakaian sukan kerana akan ada aktiviti permainan pada malam itu. Tepat jam 9 malam, saya turun ke court. Kelihatan hampir semua peserta ada disitu. Ada yang masih lagi membakar ayam untuk hidangan malam itu, ada yang sedang menyiapkan peralatan untuk aktiviti permainan dan lain-lain lagi. Kami bernasib baik pada malam itu tidak hujan.

            Kemudian, kami semua diminta untuk beratur mengikut post masing-masing. Kami diberikan taklimat mengenai aktiviti yang akan kami lakukan pada malam tersebut. Setelah semua kehadiran telah diambil, kami mula main permainan. Permainan pertama adalah untuk saling berkenalan. Kami diminta untuk berkumpul mengikut bulan kelahiran, dan negeri kelahiran. Kemudian, kami bermain tangkap belon air. Kami beratur mengikut post, saya di belakang sekali. Orang depan akan menghantar belon tersebut dari sorang ke seorang ahli hingga ke saya tanpa pecah. Kami hanya berjaya mendapat dua biji belon.

           Seterusnya, kami diminta untuk membentuk bulatan. Kemudian kami diberikan sehelai kain pelekat. Kami diminta untuk menghantar kain pelekat tersebut ke ahli lain dalam bulatan tanpa melepaskan tangan ahli kumpulan. Kumpulan kami atara kumpulan yang paling cepat. Memang seronok. 

             Selepas main permainan, dalam pukul 10 malam kami semua diberikan masa untuk berehat. Kami dihidangkan dengan menu yang ditetapkan iaitu ayam bakar dan nasi goreng. Kami duduk berkumpulan dan mula makan. Kemudian, kami kemas kawasan kami duduk untuk makan. Buang sampah yang patut di tempat yang disediakan.

             Berikutnya, kami berkumpul semula untuk bermain satu permainan bernama A U PING PONG PIANG. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan bilangan 6 orang satu kumpulan. Kumpulan yang terkena, akan dicalitkan dengan campuran tepung dan telur. Kami semua cuba sedaya upaya untuk mengelakkan hukuman tersebut. Namun, kami terkena juga. Kami terus bermain hingga hari larut malam.

                  Selesai bermain, Ketua Eksekutif KKM memberikan ucapan sepatah dua kata. Kemudian kami semua bergambar beramai-ramai. Tepat 11 setengan malam, kami pun bersurai ke bilik basing-masing. Pengalaman hari interaksi Interfest memang menarik. Sekian sajalah perkongsian saya kali ini.

               Terima kasih...
                  

Comments